Sejarah Selangor bermula di KUALA SELANGOR

SEJARAH AWAL KUALA SELANGOR 

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu.

Diagakkan nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab Jawa Negarakertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama Klang tertakluk ke Majapahit.

Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.

Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yangmempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.

Apabila meninggalnya ketua mereka,lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.

Sumber:  Portal Rasmi MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

DAERAH KUALA SELANGOR

Daerah Kuala Selangor terdiri daripada sembilan (9) Mukim dengan keluasan 119, 452.46 hektar ( 295178.97 ekar) atau 1,194.55 km persegi. Mukim Tanjong Karang merupakan mukim terbesar meliputi kawasan 43, 125.48 hektar ( 36.1 %). Daerah ini merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah Kuala Selangor bersempadan dengan :

1. Daerah Sabak Bernam yang terletak di Utara; 
2. Daerah Hulu Selangor yang terletak di Timur Laut; 
3. Daerah Klang yang terletak di Timur dan Selat Melaka yang terletak di Barat.

PENDUDUK

Jumlah penduduk pada tahun 2005 adalah seramai 161, 168 orang. Kaum Melayu kebanyakannya tinggal di kampung-kampung tradisional Melayu dan sedikit di pekan-pekan. 

Pekerjaan utama mereka adalah petani, nelayan, bekerja di kilang-kilang swasta dan juga kerajaan. Kaum Cina pula tinggal di pekan, bagan dan kampung-kampung baru. Kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan peniaga. Kaum India pula tinggal di ladang kelapa sawit/getah dan bekerja sebagai pekerja ladang. 

Kebanyakan penduduk di daerah ini masih lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai mata pencarian utama mereka.

Sumber:  Portal Rasmi Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor 

MAKLUMAN

 Untuk makluman saudara,  kisah KUALA SELANGOR BANDAR BERSEJARAH akan juga dikandungkan di dalam rangkaian-rangkaian radio Internet  EPC RADIO 1 dan EPC RADIO 3 serta  rangkaian televisyen Internet  EPC TV 2.

Ketiga-tiga rangkaian ini sedang dikemaskini,  dan bahan-bahan mengenai sejarah bandar ini dan lain-lain bahan yang relevan sedang dikumpul melalui kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan secara profesyenal. 

Tujuan kisah ini disertakan di dalam siaran ketiga-tiga rangkaian tersebut ialah untuk menentukan pendedahan maksimum sejarah bandar dan ehwal Kuala Selangor kepada masyarakat negara dan juga luar negara.

Click to listen to EPC Radio 1. 

Selamat Datang

Kami mengalu-alukan lawatan saudara ke lamanweb kami KUALA SELANGOR BANDAR BERSEJARAH dan juga ke bandar kami.

Kami berharap lawatan saudara ini akan membawa banyak faedah dan manfaat kepada saudara dan dapatlah saudara mengenali dengan lebih rapat lagi Bandar Kuala Selangor khasnya dan Negeri Selangor Darul Ehsan amnya.

Kami percaya banyak perkara yang belum saudara ketahui mengenai bandar ini dan kisah-kisah yang berkait dengan sejarahnya dan peranannya dalam perjuangan dan pembangunan negeri Selangor.

Kami ucapkan terima kasih.

EPC RADIO 3  -  Dari Impian ke Realiti 


Rangkaian radio Internet  EPC RADIO 3 - Dari Impian ke Realiti  sekarang menemui saudara.

Sebagai permulaan rangkaian ini keudara melalui Internet tiap hari selama 3 jam,  iaitu mulai 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Bahan-bahan yang dikandungkan di dalam ruangan-ruangan yang diwujudkan adalah mengenai,  berkaitan dan relevan dengan kehidupaqn masyarakat,  terutama masyarakat desa negara.

Klik pada butang yang bertulis EPC RADIO 3,  di mana-mana lamanweb atau lamanblog yang diselenggarakan oleh organisasi kami.

Selamat mendengar!

ISTIMEWA DI EPC RADIO 3   BULAN INI

FEBRUARI / MAC 2013


Mulai minggu ini EPC RADIO 3 - Dari Impian ke Realiti  menemui saudara. 

Rangkaian ini pada besarnya akan menumpukan perhatian dan memberi fokus kepada ehwal masyarakat.  Program-program dan bahan-bahan yang dikandungkan di dalam siarannya akan memberi gambaran dan memaparkan hasrat dan cita-cita masyarakat dalam menjalani hidup semasa dan juga di masa hadapan

Sebagai permulaan waktu siarannya ialah mulai jam 3.00 petang hingga 6.00 petang pada tiap hari.  Jangka masa siaran ialah selama 3 jam.  Jumlah waktu ini mungkin akan dilanjutkan kelak,  iaitu bergantung kepada sambutan dari pendengar.

Kandungan siaran:

  • 3.00 ptg hingga 3.30 ptg              Berita dan ehwal   semasa
  • 3.30 ptg hingga 4.00 ptg              Desa Permai
  • 4.00 ptg hingga 4.30 ptg              Simfoni Sore
  • 4.30 ptg hingga 5.00 ptg              Saya Anak Desa
  • 5.00 ptg hingga 5.30 ptg              Bimbingan
  • 5.30 ptg hingga 6.00 ptg              Al Kisah    

Jadual siaran ini akan diubahsuai dari satu kesatu masa mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Kami ucapkan Selamat Mendengar!


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR


Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

Antara tempat-tempat menarik:


Sumber:  Portal Rasmi MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

 The Description of History

Let us get deeper into history.  Let us have a look at its description.  Hopefully this will get us closer to the subject.  I beleive this will benefit us in so many ways,  for history some how has a great influence on our lives today.

Here is an excerpt taken from Wikipedia,  the free encyclopedia   

Historians write in the context of their own time, and with due regard to the current dominant ideas of how to interpret the past, and sometimes write to provide lessons for their own society. In the words of Benedetto Croce, “All history is contemporary history”. History is facilitated by the formation of a ‘true discourse of past’ through the production of narrative and analysis of past events relating to the human race.[12] The modern discipline of history is dedicated to the institutional production of this discourse.

All events that are remembered and preserved in some authentic form constitute the historical record.[13] The task of historical discourse is to identify the sources which can most usefully contribute to the production of accurate accounts of past. Therefore, the constitution of the historian’s archive is a result of circumscribing a more general archive by invalidating the usage of certain texts and documents (by falsifying their claims to represent the ‘true past’).

Saudara boleh hubungi kami melalui emel:  epcteknologi@gmail.com

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola